Penemuan Terhebat Transfer Factor

Selama bertahun-tahun para saintis berusaha mengungkap rahsia alam. Sebahagian rahsia ini, diterima sebagai perkara biasa-biasa sahaja. Ia hanya menambah baik perkara yang sedia ada.

Tetapi ada beberapa penemuan saintifik yang telah mengubah dunia, sekaligus mengubah kehidupan manusia.

Salah satunya adalah penemuan Transfer Factor!

Bagaimana Transfer Factor ditemui?

Seorang ahli Imunologi Amerika, Dr. H. Sherwood Lawrence telah membuat penemuan hebat pada tahun 1949. Beliau mendapati imuniti boleh berpindah dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui molekul kecil dipanggil Transfer Factor.

Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu yang menyusukan anak yang baru lahir. Anak itu mendapat Tansfer Factor daripada ibunya melalui susu badan.

Ketika itu, apa yang diketahui, Transfer Factor hanya boleh diekstrak daripada sel darah putih manusia. MemangĀ  tidak praktikal dan tidak munasabah untuk mengekstrak Transfer Factor dari darah putih manusia.

Penyelidikan dan penemuan selanjutnya menunjukkan, Transfer Factor yang dihasilkan oleh mamalia lain sama seperti Transfer Factor yang dihasilkan oleh manusia. Dan saintis mendapati susu pertama mamalia (susu kolostrum) mengandungi banyak molekul sistem imum yang penting termasuk Transfer Factor

— bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *